Wednesday, 28 October 2015

KENAPA MALAYSIA TIDAK MAMPU MENGAMBIL IKTIBAR DARI KEJADIAN HIGHLAND TOWER




Peristiwa 11 Disember 1993, keruntuhan highland tower telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia dan sehingga kini tragedi ini masih bermain didalam ingatan rakyat di seluruh Malaysia. Persoalannya, kenapa kita tidak mampu mengambil iktibar dari kejadian yang terjadi terhadap Highland tower?
sebab kenapa Malaysia tidak dapat mengambil iktibar daripada tragedi Highland Tower:-
·         permintaan yang tinggi terhadap perumahan di kawasan tanah tinggi.
Seperti yang kita tahu, selalunya kawasan tanah tinggi didiami oleh orang mewah kerana lebih privaci dan mempunyai permandangan yang cantik. Jadi permintaan membuka kawasan perumahan di kawasan bukit  adalah tinggi sehingga menyebabkan pemaju mengambil risiko kerana mendapat keuntungan yang tinggi walaupun ia bercanggah dengan undang undang seperti Akta Pemuliharaan Tanah 1960. Akta itu melarang pembangunan dilakukan di lereng bukit.
·         rasuah.
Ini kerana desakan hidup dan taraf kehidupan yang tinggi jadi , pihak yang berkenaan lebih memilih untuk mengambil rasuah walaupun sudah terang lagi bersuluh rasuah merupakan perbuatan yang haram dari sisi agama dan undang-undang. Contohnya, pemaju memberi rasuah kepada pihak berkenaan untuk meluluskan projek pembangunan di lereng bukit. Tambahan pula, Sekarang ini, di Malaysia, kejayaan seseorang itu lebih diukur dalam bentuk harta. Jadi dengan terimanya rasuah sesetengah manusia berfikir ia merupakan langkah dapat menjadi kaya dalam tempoh yang singkat.
·         sifat tamak dan tidak bertanggungjawab

 Pemaju dan pihak yang berkenaan hanya memikirkan keuntungan semata mata sehingga mengabaikan risiko yang bakal menimpa penguna pada masa akan datang. Terakhir sekali, kerana tanah semakin terhad.seperti yang kita tahu, tanah semakin hari semakin terhad, tambahan pula penduduk yang semakin ramai, jadi ini kerana tanah terhad jadi pemaju dan pihak yang berkenaan terpaksa membangunkan bangunan di lereng lereng bukit walaupun ia bercanggah dengan undang undang

No comments:

Post a Comment