Thursday, 19 November 2015

TEMPAT TEMPAT MENARIK DI JEJU ISLAND



JEJU ISLAND 

1.SEONGSAN ILCHULBONG 



 lokasi ini telah diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang di iktiraf UNESCO bersama dengan Manjanggul Lava Tunnel.
Seongsan Ilchulbong muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dahulu. Terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan Ilchulbong Peak.
Keluasan kawah adalah 600m lebar dan 90m tinggi. Dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya menjadikan kawah ini kelihatan seperti mahkota semulajadi yang menarik 

2.MANJANGUL LAVA TUBE
Manjanggul Cave merupakan terowong lava paling menarik di sunia. Terbentuk sejak 2.5 juta tahun dahulu, terowong ini kaya dengan berbagai bentuk batuanseperti stalagmite yang panjang dan lorong yang terbentuk daripada lava letusan gunung berapi.


3. GIMNYEONG MAZE PARK  


Tempat ini macam ala maze runner lah, kita kena berusaha untuk cari jalan keluar disebalik pokok yang sangat tinggi. 



4.MYSTERIOUS ROAD 


Jalan paling misteri di Pulau Jeju atau dikenali juga sebagai Dokkaebi Road terletak di kaki gunung. Dipanggil sebagai jalan misteri kerana apa sahaja objek termasuk kereta dan bas boleh bergerak ke arah bukit meskipun enjin telah dimatikan dan gear diletak pada mod neutral.

http://koreanisti.blogspot.my/2013/05/10-tempat-seru-di-jeju-island-yang.html


Wednesday, 18 November 2015

RESIPI: KEK BATIK


Resipi mudah dan ringkas khusus untuk majlis-majlis kecil. Mudah dibuat tanpa menggunakan oven.

bahan-bahan:

Biskut marie 300g(dibelah empat)
1 buku buttercup
3 bijji telur
1 cawan milo
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan koko
1/4 cawan gula
1/2 cawan air



cara-cara:

1)Buttercup,milo,koko,susu pekat manis,telur,air dimasukkan ke dalam periuk.
                       2)kacau diatas api yang sederhana besar.
                        3)Kacau hingga ia menjadi pekat.
                        4)Setelah selesai gaulkan bersama biskut marie yang dibelah empat sehingga rata
                        6)Tuang ke dalam pelengat dan tekan sehingga ia menjadi padat.
                        7)Pastikan pelengat dialas dengan plastik sebelum menuangkan adunan ke dalamnya.
                        8)Biarkan ia sejuk seketika kemudian masukkannya ke dalam peti sejuk.(lebih kurang 3 jam)
                   10)Kek Batik sedia untuk dihidangkan (dipotong mengikut kreativiti masing-masing)

ISU HIBURAN

Jom mari kita luangkan sedikit masa bersama Ustaz Adnin dari TARBIAH SENTAP
Mengupas sedikit demi sedikit
Apa itu HIBURAN?
Apa hukum ber-HIBUR?

Sumber: Youtube, TARBIAH SENTAP


APA ITU DISLEKSIA

DISLEKSIA



Apa itu Disleksia?
  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
    • Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?

  1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
  2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’‘
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin dialaminya
  • Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  • Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  • Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
    • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
    • Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
    • Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
  1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
  2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
  3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
    • Terapi pertuturan
    • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
    • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
      • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
      • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
      • Merasa pergerakan bibir
      • Menulis huruf atau perkataan
  4. Langkah-langkah pemulihan :
    • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
    • Gunakan video atau kaset untuk belajar
  5. Program pemulihan khusus :
    • Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Sumber: http://www.myhealth.gov.my

CAFE HIPSTER DI JOHOR BAHRU

1. Coffee Loft
collage3.jpg

Coffee Loft berkonsepkan ‘raw & elegant’. Dekorasi dalaman kafe ini akan memberikan anda persekitaran yang selesa untuk anda menikmati hidangan dengan tenang. Anda pasti akan kembali ke kafe ini buat kali kedua!

Waktu Operasi : Isnin - Khamis (12:00 - 23:00)
                         Jumaat - Ahad (12:00 - 00:00)
Alamat : No.29, Jalan Molek 1/12,Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

2. Lokap Cafe
collage4.jpg

Lokap merupakan sebuah kafe yang bertemakan penjara dan menyajikan pelbagai jenis menu dari bahan-bahan berkualiti, apa yang menjadikan kafe ini unik dan menarik ialah reka bentuk kafe tersebut yang membuatkan anda seolah-olah seperti di dalam penjara!

Waktu Operasi : Selasa - Ahad (17:00 - 00:00)
                          Isnin (Tutup)
Alamat : 11, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 012 - 7970440

3. Cafe Racer by Grillbar
collage2.jpg

Cafe Racer bertemakan motosikal dan persekitaran yang sangat ‘cool’. Kafe ini menyediakan makanan lazat dengan harga yang sangat berpatutan dan yang pastinya halal! Kebanyakan pelanggan cafe racer tergolong daripada mereka yang sukakan motosikal.

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (11:30 - 23:00)
Alamat : 72, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Tel : 07 - 3350000

4. Chaiwalla & Co. Container Cafe
collage5.jpg

Chaiwalla & Co. Container Cafe merupakan sebuah kafe yang menggunakan kontena! Kafe unik ini terletak di sebuah lorong sekitar pasar malam terkenal iaitu Bazar Karat JB. Chaiwalla menjadi tempat pilihan bagi anak-anak muda bersantai selepas penat berjalan-jalan di bazar karat.

Waktu Operasi : Ahad - Khamis (12:00 - 00:00)
                         Jumaat - Sabtu (12:00 - 01:00)
Alamat : Lot 2810, Tan Hiok Nee Street, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 012 - 7353572

5. Faculty Of Caffeine
collage6.jpg

Faculty Of Caffeine (FOC) diasaskan dan dimiliki oleh seorang pelajar perubatan dan seorang pereka dalaman yang mempunyai minat terhadap kopi, makanan dan rekabentuk yang sangat mendalam. Kafe ini juga menyediakan kopi yang berkualiti tinggi.

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (09:00 - 18:00)
Alamat : 106, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 0167132714 / 0102260311

6. Coffee Nowhere
collage7.jpg

Coffee Nowhere membawa anda untuk mencipta satu memori bersama keluarga, rakan-rakan atau sesiapa untuk dijadikan kenangan manis melalui secawan kopi yang pasti akan membuatkan anda tersenyum. Kafe ini berkonsep dan bertemakan klasik.

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (11:00 - 00:00)
Alamat : No. 30 Jalan Gaya 1, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor
Tel : 013 - 7719355

7. Miyakori Coffee
collage8.jpg

Miyakori Coffee berkonsepkan ‘Taste of Happiness’ menyajikan secawan kopi yang anda suka berharap agar anda merasa kebahagiaan. Kafe ini menyediakan 100% kopi Arabica yang berkualiti tinggi dan terbaik!

Waktu Operasi : Isnin, Rabu, Khamis, Ahad (12:00 - 22:00)
                         Selasa (Tutup) Jumaat - Sabtu (12:00 - 23:00)
Alamat : 41, Jalan Indah 22/14, Bukit Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor
Tel : 07 - 2444882

8. Just Want Coffee, Homies
collage1.jpg

Just Want Coffee memberi keselesaan kepada anda untuk menikmati makanan dan minuman seperti berada di rumah. Konsep ‘home’ yang dibawa telah mengalakkan budaya meminum kopi di kafe ini.  

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (12:00 - 00:00)
Alamat : Jalan Molek 1/27, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
Tel : 07 - 3613338

9. Coffee Valley
collage9.jpg

Coffee Valley sebuah kafe yang menyajikan makanan dengan cara seimbang dan sihat. Anda pasti tidak akan teragak-agak untuk menikmati hidangan yang lazat. Antara hidangan signature terbaik kafe ini adalah Waffle!

Waktu Operasi : Khamis - Selasa (12:30 - 22:00)
                          Rabu (Tutup)
Alamat : L2-550A, Sutera Mall, 81300 Johor Bahru, Johor
Tel : 07 - 5622744

10. Kilang Battery
Kilang Battery lama dijadikan deretan kedai hipster.

    Address: Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia
    Hours: 
    Open today · 12:00 PM – 12:00 AM


Sumber: http://www.sini.com.my/




5 MAKANAN YANG WAJIB DI CUBA DI JOHOR

Kalau datang Johor, pelancong sama ada dalam negara mahupun di luar negara tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan makanan di Johor. Jadi entri kali ini akan membawa anda ke dunia makanan di Johor.


1. LAKSA JOHOR

Laksa Johor berbeza dengan laksa-laksa di negeri lain kerana menggunakan spagetti dalam laksa. Ia agak berbeza dengan laksa Penang mahupun laksa yang menjadi kebiasaan. 

2. KACANG POOL
Kacang Pool selalunya dimakan ketika sarapan pagi. ia merupakan hidangan yang popular di Johor kerana ia adalah salah satu makanan yang unik di Johor dan tidak selalu dilihat di negeri-negeri lain. Kacang Pool digemari oleh orang ramai kerana keenakan hidangan itu sendiri dengan kuah kacang yang pekat diletakkan telur separuh masak serta dihiasi dengan sedikit bawang dan cili padi. Ia sesuai di makan dengan roti.

3. CHICKEN CHOP
Chicken Chop tidak asing lagi di Malaysia kerana terdapat banyak restoren dan kedai yang menyediakan chicken chop sebagai menu utama. Namun, apa yang menarik di Johor, Chicken Chop yang dijual adalah dengan harga yang berpatutan. Anda boleh datang ke Johor sendiri dan menikmati Chicken Chop dengan harga yang sangat murah iaitu RM5. Bukan sahaja murah, saiz hidangan untuk satu hidangan adalah besar. Ia amat berbaloi jika anda dapat merasai keenakan chicken chop dengan harga yang sangat murah.

4. AYAM PENYET
Kalau melawat ke Johor tetapi tidak merasai sendiri hidangan Nasi Ayam Penyet, maka tidak lengkaplah kunjungan anda ke Johor. Anda perlu merasai sendiri keenakan Nasi Ayam Penyet yang dijual di restoren sekitar Johor dengan harga yang berpatutan. Ayam dalam saiz yang besar nasi yang ditanak lembut beserta dicicah bersama sambal belacan  mampu membuatkan pengunjung dapat merasai sendiri keenakan hidangan ini.  

5. PECEL LELE
Pecel Lele juga merupaka suatu hidangan yang terkenal di Johor. Ikan keli dituangkan bersama sambal yang sangat enak mampu menarik pengunjung untuk sekali lagi datang ke Johor menikmati hidangan yang istimewa ini.

Sememangnya Johor adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak yang mampu membuatkan pengunjung untuk mengunjungi Johor

Sumber Gambar: Internet

TOKOH ISLAM (AL-ZAHRAWI) PAKAR BEDAH


AL-ZAHRAWI: TOKOH ISLAM – PAKAR BEDAH


PENGENALAN
Nama sebenar beliau adalah Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi. Beliau dilahirkan pada 936 M di kota diraja Al-Zahra’, terletak kira-kira 9.6 kilometer dari Cordova, Andalus/Sepanyol dan meninggal dunia di tempat yang sama pada tahun 1013 M. Al-Zahrawi berketurunan Arab Ansar dan kemudian berpindah ke Sepanyol. Beliau menetap di Cordova dan menuntut ilmu serta mengubati masyarakat. Beliau juga mengajar ilmu perubatan di Cordova. Al-Zahrawi lebih tertumpu kepada pembedahan dalam perubatan. Beliau dikenali sebagai Bapa Bedah Moden pada abad pertengahan. Beliau terkenal dalam bidang perubatan kerana pernah berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada Raja Andalusia iaitu Khalifah Al-Hakam II.


SUMBANGAN

Al-Zahrawi adalah seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Terdapat ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Menurut Will Durant, Sepanyol pada masa tersebut telah menjadi tumpuan orang Eropah untuk menjalani rawatan pembedahan. Dr. Campbell dalam bukunya, “Sejarah Perubatan Arab” menyatakan bahawa prinsip perubatan Al-Zahrawi telah menjadi asas Kurikulum Perubatan Eropah.
 Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan, Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga. Beliau juga memperkenalkan teknik pembakaran tisu dalam 50 jenis pembedahan yang berbeza. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat. Setiap alat bedah yang dicipta itu mempunyai fungsi tersendiri untuk merawat, memeriksa dan membedah pada bahagian-bahagian tertentu. Alat-alatan bedah beliau tidak kurang dari 150 alatan. Al-Zahrawi juga mencatatkan alat-alat bedah yang dibuat daripada besi adalah lebih baik daripada bahan lain seperti emas. Ini kerana emas tidak cukup panas apabila dipanaskan ataupun terlebih menyerap kepanasan yang akan menyebabkan emas mencair. Antara alat-alat ciptaan Al-Zahrawi ialah:

                       1.      Alat bedah dan pemeriksaan bagi mata, hidung, lidah dan telinga
                       2.      Alat untuk mengeluarkan batu karang dalam pundi kencing
                       3.      Alat untuk mengeluarkan sel kanser tahap 1. (kanser peringkat awal).
                       4.      Alat untuk mengeluarkan janin mati daripada perut ibu.
                       5.      Alat untuk pergigian Dalam Kitab At-Tasrif juga, 





KARYA

Kitab Tasrif Al-Zahrawi sangat menyumbang kepada bidang perubatan dan pembedahan dunia Barat. Karya beliau menjadi terkenal pada zaman pertengahan, kira-kira menjelang abad ke-12 dan ke-13. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1368 M) menjadikan tulisan Al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Kitab At-Tasrif juga menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Rom, Itali , Motpellier di France dan beberapa universiti lain di Eropah. Sejarah penterjamahan kitab At-Tasrif dilakukan kali pertama oleh Gerard Cremona, seorang sarjana Itali pada zaman pertengahan dan zaman Renaissanc. Gerard menterjamah kitab At-Tasrif ke dalam bahasa latin. At-Tasrif juga dicetak dalam bahasa Latin dan Hebrew dengan nama 'Medical Vademecum' pada 1497M. Bahagian mengenai tumbuhan dicetak di Venice pada 1471M, mengenai pembedahan juga dicetak di Venice pada tahun 1497M. Bahagian klinikal pula dicetak pada tahun 1519M di Osnabruck, German dan pada tahun 1566M, bahagian penyakit puan dicetak di Basel, Swiss.
Kitab At-Tasrif telah menjadi sangat terkenal dalam kalangan sarjana Barat dan menjadi rujukan sehingga ke abad ini. Sekaligus ketokohan Al-Zahrawi telah membuka jalan kepada para sarjana sains baik Islam mahupun Barat untuk mengembangkan teknologi perubatan dan pembedahan selari dengan era moden masa kini. Kitab At-Tasrif juga disebut sebagai ensiklopedia Al-Zahrawi yang mengandungi 30 jilid yang meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran dan pembedahan. Jumlah helaian pula tidak kurang daripada 1500 muka surat. Dalam bab pembedahan, Al-Zahrawi mencatatkan pelbagai ilustrasi teknik-teknik pembedahan, alat-alat bedah, serta panduan melakukan pembedahan dengan tertib. Antara teknik pembedahan yang telah diperkenalkan oleh Al-Zahrawi adalah seperti berikut:

                                          1.      Teknik pembedahan mata untuk katarak.
                                          2.      Teknik pembedahan hidung dan telinga.
                                          3.      Teknik pembidanan untuk ibu-ibu bersalin.
                                          4.      Teknik rawatan pergigian.
                                          5.      Teknik pembedahan perut dan pundi kencing.
                                          6.     Teknik pembedahan bagi kanser (contohnya kanser payudara).
                                          7.    Teknik merawat tulang patah Al-Zahrawi juga memaparkan alat-
                                                  alat bedah ciptaan beliau dan juga cara penggunaannya.
 
Al-Zahrawi memuatkan info-info penting berkenaan dengan tips kesihatan dan diet seimbang bagi pesakit. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan seperti ubatan herba. Ubat-ubatan beliau dihasilkan dari teknik penyulingan dan pemejalwapan. Beliau juga menjadi orang pertama memperihalkan  secara terperinci mengenai hemofilia. Hemofilia merupakan penyakit keturunan yang berpunca akibat kekurangan faktor pembekuan darah. Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius apabila terluka.  Al-Zahrawi juga memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat, Selain itu, Al-Zahrawi juga memperkenalkan teknik pengikat di lengan untuk menghentikan aliran darah ketika berlaku pendarahan yang teruk. Sumbangan Al-Zahwari ini ternyata amat besar dan mencapah.

Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan dan pembedahan malahan ada yang mendakwa Al-Zahrawi juga turut mahir dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Beliau telah memperkenalkan minyak gosok serta kepentingannya. Cara-cara penyediaan minyak gosok daripada bahan-bahan asas juga pernah dicatat oleh beliau dalam karyanya At-Tasrif. Al-Zahrawi juga menggunakan zat minyak yang disebut sebagai Adhan untuk rawatan dan kecantikan.

Bukan hanya itu, malahan Al-Zahrawi juga memperkenalkan jenis-jenis wangian yang pelbagai dan penuh beraroma. Teknik-teknik menguatkan gusi serta memutihkan gigi juga telah diperkenalkan oleh tokoh hebat ini. Oleh itu, masyarakat Islam Andalus pada abad ke-12 telah mengetahui dan menggunakan produk-produk kecantikan antaranya krim tangan, pembersih mulut dan pembersih hidung.  Pada zaman keemasan Islam itu juga, masyarakat telah menggunakan sejenis detergen yang bernama Lenor untuk wangian dan pencuci pakaian agar sentiasa harum dan segar.

Kaedah berbekam juga turut dicatatkan oleh Al-Zahrawi dalam kitabnya. Beliau mengatakan penggunaan cawan atau alat berbekam boleh diperbuat daripada tanduk, kayu, tembaga, atau kaca. Kaedah rawatan berbekam mempunyai dua cara, berbekam kering, (dengan api atau tanpa api) dan bekam basah. Al-Zahrawi menggunakan minyak beraroma dan air sebelum dan selepas berbekam untuk mempercepatkan penyembuhan. Beliau hanya menyarankan penggunaan lintah untuk berbekam pada anggota badan yang tidak boleh berbekam secara biasa seperti hidung dan jari. Jelas di sini ianya tidak selari dengan pandangan umum yang boleh menggunakan lintah untuk bekam secara meluas.
Sesungguhnya Al-Zahrawi adalah tokoh Islam dalam bidang perubatan terutama dalam pakar pembedahan membuka mata dunia bahawa Islam sememangnya melahirkan insan yang celik akal.