AL-ZAHRAWI: TOKOH ISLAM – PAKAR BEDAH
PENGENALAN
Nama
sebenar beliau adalah Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi. Beliau
dilahirkan pada 936 M di kota diraja Al-Zahra’, terletak kira-kira 9.6
kilometer dari Cordova, Andalus/Sepanyol dan meninggal dunia di tempat yang
sama pada tahun 1013 M. Al-Zahrawi berketurunan Arab Ansar dan kemudian
berpindah ke Sepanyol. Beliau menetap di Cordova dan menuntut ilmu serta
mengubati masyarakat. Beliau juga mengajar ilmu perubatan di Cordova.
Al-Zahrawi lebih tertumpu kepada pembedahan dalam perubatan. Beliau dikenali
sebagai Bapa Bedah Moden pada abad pertengahan. Beliau terkenal dalam bidang
perubatan kerana pernah berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada Raja
Andalusia iaitu Khalifah Al-Hakam II.
SUMBANGAN
Al-Zahrawi
adalah seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Terdapat ramai
pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan
dan meminta nasihat. Menurut Will Durant, Sepanyol pada masa tersebut telah
menjadi tumpuan orang Eropah untuk menjalani rawatan pembedahan. Dr. Campbell
dalam bukunya, “Sejarah Perubatan Arab” menyatakan bahawa prinsip perubatan
Al-Zahrawi telah menjadi asas Kurikulum Perubatan Eropah.
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,
Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian
dalaman badan seperti telinga. Beliau juga memperkenalkan teknik pembakaran
tisu dalam 50 jenis pembedahan yang berbeza. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga
menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam
pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan
terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang
berselirat. Setiap alat bedah yang dicipta itu mempunyai fungsi tersendiri
untuk merawat, memeriksa dan membedah pada bahagian-bahagian tertentu.
Alat-alatan bedah beliau tidak kurang dari 150 alatan. Al-Zahrawi juga
mencatatkan alat-alat bedah yang dibuat daripada besi adalah lebih baik
daripada bahan lain seperti emas. Ini kerana emas tidak cukup panas apabila
dipanaskan ataupun terlebih menyerap kepanasan yang akan menyebabkan emas
mencair. Antara alat-alat ciptaan Al-Zahrawi ialah:
1. Alat bedah dan pemeriksaan bagi mata,
hidung, lidah dan telinga
2. Alat untuk mengeluarkan batu karang dalam
pundi kencing
3. Alat untuk mengeluarkan sel kanser tahap 1.
(kanser peringkat awal).
4.
Alat untuk mengeluarkan janin mati daripada perut ibu.
5.
Alat untuk pergigian Dalam Kitab At-Tasrif juga,
KARYA
Kitab
Tasrif Al-Zahrawi sangat menyumbang kepada bidang perubatan dan pembedahan
dunia Barat. Karya beliau menjadi terkenal pada zaman pertengahan, kira-kira
menjelang abad ke-12 dan ke-13. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de
Ghauliac (1368 M) menjadikan tulisan Al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku
bedahnya. Kitab At-Tasrif juga menjadi bahan rujukan selama 5 abad di
Universiti Salerno di Rom, Itali , Motpellier di France dan beberapa universiti
lain di Eropah. Sejarah penterjamahan kitab At-Tasrif dilakukan kali pertama
oleh Gerard Cremona, seorang sarjana Itali pada zaman pertengahan dan zaman
Renaissanc. Gerard menterjamah kitab At-Tasrif ke dalam bahasa latin. At-Tasrif
juga dicetak dalam bahasa Latin dan Hebrew dengan nama 'Medical Vademecum' pada
1497M. Bahagian mengenai tumbuhan dicetak di Venice pada 1471M, mengenai
pembedahan juga dicetak di Venice pada tahun 1497M. Bahagian klinikal pula
dicetak pada tahun 1519M di Osnabruck, German dan pada tahun 1566M, bahagian
penyakit puan dicetak di Basel, Swiss.
Kitab
At-Tasrif telah menjadi sangat terkenal dalam kalangan sarjana Barat dan
menjadi rujukan sehingga ke abad ini. Sekaligus ketokohan Al-Zahrawi telah
membuka jalan kepada para sarjana sains baik Islam mahupun Barat untuk
mengembangkan teknologi perubatan dan pembedahan selari dengan era moden masa
kini. Kitab At-Tasrif juga disebut sebagai ensiklopedia Al-Zahrawi yang
mengandungi 30 jilid yang meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran dan
pembedahan. Jumlah helaian pula tidak kurang daripada 1500 muka surat. Dalam
bab pembedahan, Al-Zahrawi mencatatkan pelbagai ilustrasi teknik-teknik
pembedahan, alat-alat bedah, serta panduan melakukan pembedahan dengan tertib.
Antara teknik pembedahan yang telah diperkenalkan oleh Al-Zahrawi adalah
seperti berikut:
1. Teknik pembedahan mata untuk katarak.
2. Teknik pembedahan hidung dan telinga.
3. Teknik pembidanan untuk ibu-ibu bersalin.
4.
Teknik rawatan pergigian.
5.
Teknik pembedahan perut dan pundi kencing.
6. Teknik pembedahan bagi kanser (contohnya
kanser payudara).
7. Teknik
merawat tulang patah Al-Zahrawi juga memaparkan alat-
alat bedah ciptaan beliau dan juga cara penggunaannya.
alat bedah ciptaan beliau dan juga cara penggunaannya.
Al-Zahrawi
memuatkan info-info penting berkenaan dengan tips kesihatan dan diet seimbang
bagi pesakit. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan
ubat-ubatan seperti ubatan herba. Ubat-ubatan beliau dihasilkan dari teknik
penyulingan dan pemejalwapan. Beliau juga menjadi orang pertama
memperihalkan secara terperinci mengenai
hemofilia. Hemofilia merupakan penyakit keturunan yang berpunca akibat
kekurangan faktor pembekuan darah. Pesakit akan mengalami pendarahan yang
serius apabila terluka. Al-Zahrawi juga
memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat, Selain itu,
Al-Zahrawi juga memperkenalkan teknik pengikat di lengan untuk menghentikan
aliran darah ketika berlaku pendarahan yang teruk. Sumbangan Al-Zahwari ini
ternyata amat besar dan mencapah.
Beliau
bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan dan pembedahan malahan ada yang
mendakwa Al-Zahrawi juga turut mahir dalam bidang kosmetik dan kecantikan.
Beliau telah memperkenalkan minyak gosok serta kepentingannya. Cara-cara
penyediaan minyak gosok daripada bahan-bahan asas juga pernah dicatat oleh
beliau dalam karyanya At-Tasrif. Al-Zahrawi juga menggunakan zat minyak yang
disebut sebagai Adhan untuk rawatan dan kecantikan.
Bukan
hanya itu, malahan Al-Zahrawi juga memperkenalkan jenis-jenis wangian yang
pelbagai dan penuh beraroma. Teknik-teknik menguatkan gusi serta memutihkan
gigi juga telah diperkenalkan oleh tokoh hebat ini. Oleh itu, masyarakat Islam
Andalus pada abad ke-12 telah mengetahui dan menggunakan produk-produk
kecantikan antaranya krim tangan, pembersih mulut dan pembersih hidung. Pada zaman keemasan Islam itu juga, masyarakat
telah menggunakan sejenis detergen yang bernama Lenor untuk wangian dan pencuci
pakaian agar sentiasa harum dan segar.
Kaedah
berbekam juga turut dicatatkan oleh Al-Zahrawi dalam kitabnya. Beliau
mengatakan penggunaan cawan atau alat berbekam boleh diperbuat daripada tanduk,
kayu, tembaga, atau kaca. Kaedah rawatan berbekam mempunyai dua cara, berbekam
kering, (dengan api atau tanpa api) dan bekam basah. Al-Zahrawi menggunakan
minyak beraroma dan air sebelum dan selepas berbekam untuk mempercepatkan penyembuhan.
Beliau hanya menyarankan penggunaan lintah untuk berbekam pada anggota badan
yang tidak boleh berbekam secara biasa seperti hidung dan jari. Jelas di sini
ianya tidak selari dengan pandangan umum yang boleh menggunakan lintah untuk
bekam secara meluas.
Sesungguhnya Al-Zahrawi adalah tokoh Islam dalam bidang perubatan terutama dalam pakar pembedahan membuka mata dunia bahawa Islam sememangnya melahirkan insan yang celik akal.
No comments:
Post a Comment