Saturday, 5 December 2015

KEMASAN LANTAI

Faktor pemilihan kemasan lantai
Selain itu, dalam pemilihan jenis kemasan perlu dilakukan dengan cermat serta teliti supaya mutu kemasan terjamin dan kos dapat dijimatkan. Kebiasaannya kemasan lantai dipilih mengikut kehendak pemilik itu sendiri.

    i.        Harga
 Antara faktor dalam pemilihan kemasan lantai adalah dari segi harga. Kemasan lantai kebiasaan di pilih daripada bahan yang tidak mahal tetapi mempunyai mutu yang tinggi.

  ii.        Kelasakan
Faktor lain dalam pemilihan kemasan lantai adalah kelasakan. Seperti yang di ketahui, fungsi lantai adalah ketahan lasak. Begitu juga dengan kemasan lantai yang mempunyai fungsi yang sama. Dalam melakukan pemilihan, kemasan lantai tersebut mesti tahan lama iaitu kemasan lantai tidak mempunyai kecacatan. Permukaan kemasan lantai perlu tahan lasak terhadap kelembapan, suhu, beban di atasnya. Selain itu kemasan lantai juga merupakan bahan yang tidak mudah reput kerana kemasan ini adalah untuk jangka masa yang lama.
iii.        Rupa
Dalam melakukan pemilihan kemasan lantai, rupa juga memainkan peranan penting supaya reka bentuk yang di pilih bersesuaian dengan tempat yang hendak di pasang.
 iv.        Rintangan api
Rintangan api merupakan salah satu faktor yang perlu di ambil kira dalam pemilihan kemasan lantai. Kemasan lantai haruslah terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar supaya punca kebakaran dapat di kurangkan.
   v.        Penyerapan bunyi
Penyerapan bunyi merupakan satu faktor yang penting dalam institusi bangunan. Hal ini di sebabkan setiap individu memerlukan satu ruang privasi atau ruang yang mampu memberi keselesaan kepada individu tersebut. Kemasan yang di pilih haruslah mampu menyerap bunyi supaya dapat memberi keselesaan kepada pemilik 

Keselamatan
Faktor keselamatan juga perlu di ambil kira supaya tidak berlaku kejadian yang tidak di ingini. Kemasan yang dipilih mestilah mempunyai faktor keselamatan dari segi berikut iaitu dapat menyerap bunyi, tidak licin, rata dan kemasan tersebut merupakan penebat haba yang baik.

vii.        Keselesaan

Dalam kemasan lantai turut menitikberat tentang keselesaan. Keselesaan membuatkan suasana bangunan tampil sempurna dan meningkatkan gaya hidup sihat. Berikut merupakan beberapa faktor keselesaan. Antaranya ialah dari segi selesa di pijak serta cantik di pandang. Keselesaan dalam kemasan lantai dengan meletakkan karpet, kemasan vinil, jubin gabus dan sebagainya. Kemasan lantai seperti permaidani berupaya mengubah penampilan ruang selain memveri keselesaan. 

No comments:

Post a Comment