Wednesday 28 October 2015

BUILDING YOUR CONFIDENCE



Assalamualaikum w.b.t

Certain people nowadays are not being able to speak in public. Why is this happening? Are they too shy to speak in public? believing that the society will not accept their point?  Are they loss in words whenever they are trying to speak? 

It is a serious problem regarding the societies nowadays. In order to overcome this phenomenal, Aiman Azlan is here to speak and share some thoughts in building the confidence in ourselves.

"It is not about the society,
It is about you yourself"





MENGINGATI TRAGEDI TSUNAMI


MENGINGATI TRAGEDI TSUNAMI

TANGGAL 26 Disember ini, genaplah 11 tahun tragedi Tsunami Lautan Hindi 2004 yang merupakan antara bencana alam terburuk dalam sejarah manusia. Bencana alam itu telah mengorbankan lebih 230,000 orang dari 14 buah negara termasuk Malaysia. 


DI MALAYSIA, apabila tsunami pertama kali melanda negara ini pada 26 Disember 2004, sebanyak 68 orang disahkan terbunuh manakala enam lagi dilaporkan hilang dan lebih 5,000 orang hilang tempat tinggal. Bencana itu membabitkan empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 

Daripada bilangan angka korban itu, Pulau Pinang mencatatkan kematian tertinggi iaitu sebanyak 52 orang, Kedah (12 orang), Perak (dua orang) dan Selangor seorang. Sebanyak 2,486 nelayan dan 86 petani mengalami kerugian akibat bencana dahsyat itu. Di Pulau Pinang, kawasan yang terlibat ialah di pesisir pantai Balik Pulau, Pantai Pasir Panjang, Batu Feringgi dan Teluk Bahang. Di Kedah pula, kawasan terlibat ialah Kuala Muda dan Pulau Langkawi. 

Paling menyayat hati, seorang bapa kehilangan kehilangan isteri dan empat anaknya apabila tsunami melanda tempat mereka berkelah di Batu Feringgi. Dalam kejadian itu, Hassan Harun kehilangan isteri, Nizari Mahmud yang berusia 39 tahun ketika itu, serta empat anaknya; Nurul Hasinah, 17, Nurul Naimah, 15, Nurul Nazirah, 13, dan Mohd. Ferdaus, 4. Di Pantai Pasir Panjang pula, sepasang suami isteri, Zulkifli Mohd. Noor dan Jamilah Majid kehilangan lima anak dan seorang anak saudara selepas tempat mereka berkelah dipukul ombak tsunami pada hari tersebut. Lima anak mereka yang terkorban dalam tragedi itu ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9, dan Siti Suraya, 5. 

Sumber: Utusan online

Tsunami banyak meragut nyawa manusia sehinggakan ia menjadi salah satu tragedi menyayat hati yang tidak mungkin dilupakan oleh rakyat Malaysia. Kita sebagai manusia yang beragama Islam perlu mengambil iktibar akan tragedi ini. Adakah ia suatu ujian bagi kita manusia supaya sentiasa mengingati Allah SWT? Adakah kita terlalu leka dengan hal keduniaan? 

Banyak persoalan yang masih belum lagi dirungkaikan berikutan kepada tragedi ini. Sesungguhnya tragedi ini terkesan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ia adalah suatu fenomena alam yang tidak dijangka kedatangannya.

A STORY ON SCHIZOPHRENIA




KENAPA MALAYSIA TIDAK MAMPU MENGAMBIL IKTIBAR DARI KEJADIAN HIGHLAND TOWER




Peristiwa 11 Disember 1993, keruntuhan highland tower telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia dan sehingga kini tragedi ini masih bermain didalam ingatan rakyat di seluruh Malaysia. Persoalannya, kenapa kita tidak mampu mengambil iktibar dari kejadian yang terjadi terhadap Highland tower?
sebab kenapa Malaysia tidak dapat mengambil iktibar daripada tragedi Highland Tower:-
·         permintaan yang tinggi terhadap perumahan di kawasan tanah tinggi.
Seperti yang kita tahu, selalunya kawasan tanah tinggi didiami oleh orang mewah kerana lebih privaci dan mempunyai permandangan yang cantik. Jadi permintaan membuka kawasan perumahan di kawasan bukit  adalah tinggi sehingga menyebabkan pemaju mengambil risiko kerana mendapat keuntungan yang tinggi walaupun ia bercanggah dengan undang undang seperti Akta Pemuliharaan Tanah 1960. Akta itu melarang pembangunan dilakukan di lereng bukit.
·         rasuah.
Ini kerana desakan hidup dan taraf kehidupan yang tinggi jadi , pihak yang berkenaan lebih memilih untuk mengambil rasuah walaupun sudah terang lagi bersuluh rasuah merupakan perbuatan yang haram dari sisi agama dan undang-undang. Contohnya, pemaju memberi rasuah kepada pihak berkenaan untuk meluluskan projek pembangunan di lereng bukit. Tambahan pula, Sekarang ini, di Malaysia, kejayaan seseorang itu lebih diukur dalam bentuk harta. Jadi dengan terimanya rasuah sesetengah manusia berfikir ia merupakan langkah dapat menjadi kaya dalam tempoh yang singkat.
·         sifat tamak dan tidak bertanggungjawab

 Pemaju dan pihak yang berkenaan hanya memikirkan keuntungan semata mata sehingga mengabaikan risiko yang bakal menimpa penguna pada masa akan datang. Terakhir sekali, kerana tanah semakin terhad.seperti yang kita tahu, tanah semakin hari semakin terhad, tambahan pula penduduk yang semakin ramai, jadi ini kerana tanah terhad jadi pemaju dan pihak yang berkenaan terpaksa membangunkan bangunan di lereng lereng bukit walaupun ia bercanggah dengan undang undang

UNDANG UNDANG KONTRAK- KEUPAYAAN BERKONTRAK



Disisi undang-undang kontrak, pihak tersebut mesti layak membuat kontrak. Menurut seksyen 11 akta kontrak 1950, setiap orang afalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan.

PENGECUALIAN KEPADA KAEDAH AM
walaupun kanak-kanak itu tidak layak membuat kontrak dan kontraknya batal, namun begitu ada pengecualian yang wujud dimana walaupun kotrak itu batal, pihak yang membuat kontrak dengan kanak-kanak itu mempunyai hak di sisi undang-undang.

1) kontrak untuk keperluan hidup
 Boleh merujuk kepada seksyen 69 akta kontrak, akta jualan barang-barang 1979. Kes yang boleh dirujuk pula adalah kes beatrix vohrah&wu min aun, kes nash lwn inman dan kes kerajaan malaysia lwn gurcharan sigh&lain-lain 

2) kontrak biasiswa-biasiswa
Boleh merujuk kes gurcharan singh dan seksyen 4(a) akta kontrak-kontrak

3) kontrak perkahwinan
Boleh merujuk seksyen 12(1) akta kontrak, seksyen 12(2) dan kes che som bt yip & lain-lain lwn maha private limited & lain-lain

UNDANG UNDANG TORT-PENCEROBOHAN TANAH



APA ITU PENCEROBOHAN TERHADAP TANAH ?
street on the law of tort memberikan definisi "memasuki atau berada diatas tanah dalam milikplaintif atau mendepositkan bahan- bahan diatasnya tanpa alasan yang sah.Pecerobohan tanah berimilik adalah suatu tort dan bukannya jenayah. Maka penceroboh akan didakwa tidak betul kerana ia tidak boleh didakwa tetapi hanya boleh disaman dalam tindakan guaman kerana tort.
MAKSUD TANAH

seksyen 5 kanun tanah negara 1965
a) mukabumi dan semua benda yang membentuk mukabumi
b) tanah bumi dan semua benda yang terkandung didalamnya
c) tumbuh-tumbuhan dan bahan semulajadi sama ada diatas atau dibawah mukabumi
d) semua benda yang melekat pada tanah bumi atau terikat selama-lamanya pada apa-apa benda yang terlekat pada tanah bumie) tanah yang diliputi air



PENCEROBOHAN TERBAHAGI KEPADA 2

a)pencerobohan terhadap ruang udarab)pencerbohan terhadap tanah



BENTUK-BENTUK PENCEROBOHAN

pencerobohan terhadap tanah mungkin berlaku sama ada dengan:¡. memasuki tanah yang berada dalam milikan plaintif¡¡. Berada diatas tanah yang dipegang milikan oleh plaintif  

KEBAIKAN GST



KEBAIKAN GST KEPADA PENGGUNA
mengelakkan daripada penggandaan cukai  

penghapusan cukai SST kepada GST. Dengan ini, pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi barang dan perkhidmatan berbanding SST. Walaupun GST itu kelihatan membebankan, tetapi sebenarnya tidak. Misalnya, dahulu, jika kita sebagai pengguna ingin membeli makanan di KFC, pengguna bukan sahaja akan membayar cukai  RM 1.08( 6%) tetapi juga ditambah oleh pihak KFC cukai sst dimana cukai barangan 6%, cukai perkhidmatan 10% dan jumlahnya menjadi   16% . Jadi dengan adanya GST ia akan mengatasi masalah cukai berganda ini kerana cukai yang dibayar oleh pihak KFC akan dibayar semula oleh pihak kerajaan dalam bentuk kredit cukai input

Tidak membebankan rakyat kerana tidak semua barang dikenakan cukai.

Hanya barangan yang tertentu sahaja dikenakan GST. Ramai rakyat sebenarnya masih keliru dan tidak mengkaji sedalam dalamnya mengenai GST. GST sebenarnya terbahagi kepada tiga jenis, iaitu GST berkadar standard, GST berkadar sifar, GST berkecuali. GST berkadar standard ialah gst yang dikenakan sebanyak kepada pengguna sebanyak  6% pada harga akhir. Antara contoh barang yang dikategorkan sebagai barang berkadar standard ialah barang perkakas dapur, pakaian dan aksesori,  didalam barangan berkadar standard ini semua rantaian akan dikenakan cukai sebanyak 6% dan semua rantaian pembekal keculi pengguna akhir berhak menuntut kembali kredit  yang telah dibayar kepada GST


rujukan
 .

MAT LUTHFI'S VIDEO-Short Story : Berdialog Dengan Orang Gua





PENTADBIRAN BRITISH DI TANAH MELAYU


APA ITU PENTADBIRAN TANAH

DEFINISI

TANAH

satu fizikal yang merangkumi permukaan bumi yang melekat dikedua duanya tidak ira di atas mahupun bawah. Ia juga merupakan sesuatu objek yang tidak boleh digerakkan atau lebih dikenali sebagai static.


PENTADBIRAN TANAH
Menurut Kanun Tanah Negara 1965 (akta 56/1965) pentadbir tanah bermaksud Pentadbir Tanah bagi Hasil yang dilantik di bawahnya; dan, berhubung dengan mana mana tanah, kepada Pentadbir Tanah hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada Pentadbir Tanah,   atau mana mana Pentadbir Tanah Daerah, yang mempunyai bidang kuasa dalam daerah atau daerah kecil di mana tanah itu terletak
Ciri ciri pentadbiran tanah modern
Selamat
Dengan adanya sistem pentadbiran yang modern dapat menjamin hakmilik dan kepentingan tanah seseorang. Kerajaan juga akan bertanggungjawab terhadapat ketepatan maklumat
Mudah
Dengan adanya undang undang seperti yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara, sistem pentadbiran tanah lebih mudah difahami, dipatuhi, dipantau dan dikuatkuasakan dengan lancarnya.
Cepat
Dengan adanya sistem pentadbiran tanah yang modern  kelambatan mengurus dapat diminimumkan
Cost effective
Kos yang efektif ini digunakan bagi pemerintah , pelaksana dan pengguna
Sustainable
Sustainable merupakan sistem yang wajib dipatuhi. Ia merupakan langkah bagi memastikan pembangunan dalam masa yang masa berkonsepkan kelestarian http://ladslegacy.blogspot.my/search/label/EDUCATION