Saturday 5 December 2015

Fluffy Cream Puff

Resepi pastri creampuff 
 (1adunan dapat 48 biji macam tu bergantung kepada nozzle)
100 gm butter 
1 cawan air 250ml
150 gm tepung gandum 
secubit garam 
4 biji telur
1 sdk esen vanila

Cara-cara
1 ) Masakkan butter dalam air sehingga butter cair. Api slow je.
2) Masukkan tepung & garam. Ye.Jangan pelik Hahaha. Tutup api terus kacau cepat-cepat supaya air tak tersejat. Kalau lambat nanti air kurang dan adunan jadi keras. 
3) Dah sebati tu biarkan doh sejuk. Kina nak cepat masuk dalam peti. hahahah.
4) Pukul telur dan esen vanilla pakai sudu pon boleh.
5) Masukkan telur sket demi sket dalam doh tadi sambil pukul dengan mixer sampai sebati.
* kalau agak2 lembik kurangkan telur. 
6) Panaskan oven 200 celcius.
7) Pipingkan adunan tadi ke atas dulang. (kina pakai nozzle sederhana kecik bentuk bintang 8 bucu, 2 x setengah pusing mende tu)
8) RENJIS air sebelum masuk oven. (penting utk menggebukan dan mengembang dgn baik)
9)15 min pertama bakar dalam 200 celcius, kemudian turunkan suhu 180 celcius selama 15-10 min bergantung kepada oven. (Jangan selalu buka oven nanti tak naik gebu)
10) Dah siap, potong sedikit dan pipingkan inti kastad.

Inti Kastard
1sudu besar kastad
1/2 cwn susu cair( baru berlemak)
3 cwn susu segar
Esen vanila
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat

Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2) Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang saja.
3) Sampai menggelegak baru tutup api. Kalau tutup awal nanti kastad rasa tak masak dan rasa ketepungan sangat.
4) Terus masuk piping bag. Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun boleh.
5) Tabur gula icing atas creampuff.


Shakina.blogspot.com
 

CARA PENGIRAAN BEARING HADAPAN DAN BEARING BELAKANG


  1.  Andaikan garisan bearing 12, 23, 31  membentuk segi tiga sebagai pemerhatian dalam kajian ini. Seterusnya letakkan instrumen iaitu tripod, kompas di station 1. Kemudian, bawa pasak  kayu dan “ranging rod” dan pasak kan di stesen 2.
  2.    Kemudian dari stesen 1, pasangkan kompas di tripod kemudian ubah dan gerakkan kompas tersebut sehingga jarumnya  Nampak ranging rod yang dipasang dan berada tepat padanya.
  3.  Selepas itu, selepas jarum komps itu berada tepat pada ranging rod, lihat, baca, dan catat bearing tersebut. bacaan daripada pemerhtian merupakan garisan bearing hadapan misalnya 12 dan andaikan sudut yang dikira merupakan arah utara.
  4.     Seterusnya, alihkan instrument yang disetkan di stesen 1 ke stesen 2 dan alihkan juga pasak kayu dan ranging rod yang dipasakan di stesen 2 ke stesen 1. Ini kerana untuk mengira sudut belakang garisan 12 pula kemudian set kan dan mulakan pengiraan seperti yang dilakukan di stesen 1, ke 2
  5.    langkah seterusnya set kan instrument di stesen 2 dan kemudian baca bering kompas garisan hadapan garisan 23, kemudian pindahkan instrument di stesen 3 untuk baca garisan belakang bering iaitu 32. Langkah setersnya sama seperti pengiran bering hadapan dan bering belakang  garisan 31
  6.   langkah terakhir sekalinya ialah cari perbezaan bering hadapan dan bering belakang  dan setiap sudut tersebut mestilah 180 degree ataupun hampir dengan 180 degree



“STATUT PEMAKAIAN AM YANG DITADBIRKAN DI ENGLAND PADA 7 APRIL 1956 TIDAK TERPAKAI DI MALAYSIA BARAT”



 Sumber utama undang undang tidak bertulis ialah common law dan ekuiti. Common law ialah satu koleksi undang undang yang diperkembangkan melalui keputusan hakim hakim di England yang bersumberkan adat resam masyarakat tempatan mengenai sesuatu pertikaian dan menggunapakaikan adat dalam membuat keputusan. Hakim akan membuat keputusan berdasarkan keputusuan terdahulu. Common law merupakan satu undang undang inggeris yang telah  diperkenalkan di semenanjung Tanah melayu melalui piagam keadilan yang pertama pada tahun 1807.  Makhamah mempergunapakaikan common law dan kaedah kaedah ekuiti yang ditadbir di England pada 7 april 1956 untuk Malaysia barat jika tiada peruntukan yang dibuat oleh undang undang bertulis.
             
  Menurut seksyen 3(1)(a) di Malaysia barat atau mana mana bahagiannya, menggunakan common law inggeris dan peraturan peraturan ekuiti seperti yang ditadbirkan oleh England pada 7 april 1956. Seterunya, menurut seksyen 3(1)(b) dan 3(1)(c) di sabah dan Sarawak mengunnakan common law inggeris dan peraturan ekuiti, berserta statut bagi kegunaan umum seperti yang ditadbir di England 1 disember 1951 untuk sabah , manakala 12 disember 1949 di Sarawak. Statut pemakaian am tidak terpakai di Malaysia barat kerana terdapat perbezaan bahasa dan pendapat yang timbul dari seksyen 3(1). Seksyen 3(1)(a) menyatakan pemakaian common law inggeris dan peraturan peraturan ekuiti manakala seksyen 3(1)(b) dan seksyen (1)(c) menyatakan pemakaian common law inggeris dan peraturan peraturan ekuiti berserta statut statut bagi kegunaan umum.
  
            Terdapat beberapa kes yang menyokong pendapat bahawa statut pemakaian am tidak terpakai dia Malaysia Barat. Contohnya dalam kes Mohktar v Arumugam [1957]. Makhamah rayuan memutuskan bahawa

 “ Adalah jelas di England kuasa makhamah untuk memberikan ganti rugi dalam bentuk faedah kerana kelewatan dalam memulangkan barangan tertentu adalah satu remendi yang diberikan oleh statut dan tiada di sini”

Berdasarkan penyataan di atas, dapat dihujahkan bahawa makhamah tidak dapat memberikan bantuan gantirugi dalam bentuk faedah kerana kelewatan mengembalikan barangan tersebut. Bantuan yang dimaksudkan disini merupakan satu remendi yang diberikan oleh statut inggeris dan statut tidak digunapakai di seksyen 3(1)(a).

Dalam kes Ong Guan Hua lawan Chong makhamah memutuskan bahawa akta perjudian inggeris 1710 dan 1835 tidak terpakai di Malaysia barat. Seterusnya Kes Permodalan Plantation Sdn Bhd Lawan Rachutta Sdn Bhd. Makhamah memutuskan bahawa

“Legal set off is based on statute is not included in the expression common law in England”

Dapat dijelaskan disini bahawa penolakkan penggunaan statut inggeris dan mengeluarkan statut dari makna common law.

            Sebenarnya tidak semua common law inggeris dan ekuiti terpakai di Malaysia. Menurut seksyen 3 hanya common law yang ada pada tarikh yang telah ditentukan itu sahaja terpakai untuk mengisi kekosangan dalam undang undang. Hujah ini dapat dilihat dalam kes Leong Bee & Co Lawan Ling Nam Rubber Works. Dalam kes ini, majlis privy memutuskan bahawa anggapan common law yang telah diambil oleh statut tidak menjadi sebahagian daripada common law England yang dijalankan pada 7 April 1956. Ini bermakna undang undang yang berlaku di England pada tarikh selepas itu, tidak diambil kira oleh makhamah di Malaysia.



            Dalam Seksyen 3 juga telah menyebut “…. Terpakai setakat mana yang dibenarkan oleh keadaan di negeri negeri di Malaysia dan penduduknya dan tertakluk kepada apa apa syarayt yang keadaan tempatan rasakan perlu”. Oleh itu,ini dapat dijelaskan bahawa undang undang inggeris itu terpakai atau tidak dalam sesuatu kes bergantung kepada tabiat hakim yang membuat keputusan terhadap sesuatu kes. 

KEMASAN LANTAI

Faktor pemilihan kemasan lantai
Selain itu, dalam pemilihan jenis kemasan perlu dilakukan dengan cermat serta teliti supaya mutu kemasan terjamin dan kos dapat dijimatkan. Kebiasaannya kemasan lantai dipilih mengikut kehendak pemilik itu sendiri.

    i.        Harga
 Antara faktor dalam pemilihan kemasan lantai adalah dari segi harga. Kemasan lantai kebiasaan di pilih daripada bahan yang tidak mahal tetapi mempunyai mutu yang tinggi.

  ii.        Kelasakan
Faktor lain dalam pemilihan kemasan lantai adalah kelasakan. Seperti yang di ketahui, fungsi lantai adalah ketahan lasak. Begitu juga dengan kemasan lantai yang mempunyai fungsi yang sama. Dalam melakukan pemilihan, kemasan lantai tersebut mesti tahan lama iaitu kemasan lantai tidak mempunyai kecacatan. Permukaan kemasan lantai perlu tahan lasak terhadap kelembapan, suhu, beban di atasnya. Selain itu kemasan lantai juga merupakan bahan yang tidak mudah reput kerana kemasan ini adalah untuk jangka masa yang lama.
iii.        Rupa
Dalam melakukan pemilihan kemasan lantai, rupa juga memainkan peranan penting supaya reka bentuk yang di pilih bersesuaian dengan tempat yang hendak di pasang.
 iv.        Rintangan api
Rintangan api merupakan salah satu faktor yang perlu di ambil kira dalam pemilihan kemasan lantai. Kemasan lantai haruslah terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar supaya punca kebakaran dapat di kurangkan.
   v.        Penyerapan bunyi
Penyerapan bunyi merupakan satu faktor yang penting dalam institusi bangunan. Hal ini di sebabkan setiap individu memerlukan satu ruang privasi atau ruang yang mampu memberi keselesaan kepada individu tersebut. Kemasan yang di pilih haruslah mampu menyerap bunyi supaya dapat memberi keselesaan kepada pemilik 

Keselamatan
Faktor keselamatan juga perlu di ambil kira supaya tidak berlaku kejadian yang tidak di ingini. Kemasan yang dipilih mestilah mempunyai faktor keselamatan dari segi berikut iaitu dapat menyerap bunyi, tidak licin, rata dan kemasan tersebut merupakan penebat haba yang baik.

vii.        Keselesaan

Dalam kemasan lantai turut menitikberat tentang keselesaan. Keselesaan membuatkan suasana bangunan tampil sempurna dan meningkatkan gaya hidup sihat. Berikut merupakan beberapa faktor keselesaan. Antaranya ialah dari segi selesa di pijak serta cantik di pandang. Keselesaan dalam kemasan lantai dengan meletakkan karpet, kemasan vinil, jubin gabus dan sebagainya. Kemasan lantai seperti permaidani berupaya mengubah penampilan ruang selain memveri keselesaan. 

Wednesday 2 December 2015

TIPS TIPS MELANCONG

Pergi melancong sebenarnya bukan perkara yg sukar. Malah ia boleh berlaku walaupun dengan orang yg tidak berduit ( macam saya ). pelbagai perkara yang perlu diambil kira untuk menjimatkan kos perbelanjaan duit dan untuk pergi ke negara lain, banyak tips yang boleh digunapakaikan, antaranya ialah:- 
1. backpackers, and kalau boleh elakkan pergi guna pakej
pergi sendiri sebenarnya jauh lagi murah daripada korang pergi guna pakej. memanglah kalau pergi pakej korang tak payah serabut kepala pikir nak uruskan hotel, transport semua tetapi bagi orang yang mcm saya  yang duit tak seberapa ini, disarankan backpackers je.

2. bawak makanan dari Malaysia.
untuk menjimatkan kos makan semasa anda mengunjungi negara lain, anda digalakkan untuk bawa makanan dari malaysia macam makanan makanan brahim, maggi, or korang boleh bawak ikan bilis yang digoreng siap siap, so boleh lah makan kat sana. Selain itu, boleh juga bawa keropok keropok untuk alas perut. yelah sebab kalau pergi negara orang especially kalau pergi negara yang majority non muslim, susah nak dpt makanan halal. 

tapi survey dulu takut ada larangan makanan yang tak boleh bawa masuk kat negara yang nak melancong tu.

3. suvey jalan, transport, dan tempat yang nak kunjungi.
before korang nak melancong, first kenalah listkan dulu tempat apa korang nak pergi and transport masa korang kat sana. kalau pergi negara yang maju macam korea, jepun china, dan singapura, korang  boleh naik public transport macam subway, bus or taxi je. senang je. kalau korang takut sesat sangat, korang bolehlah beli maps or download apps subway kat negara yang korang nak pergi. Untuk yg nak naik public transport, korang bolehlah beli card yg boleh guna untuk public transport, mcm kalau kat malaysia panggil touch n go lah. Kalau ada card ni lebih mudah, korg just top up je beli habis duit dalam card ni. Tk yah beratur panjang panjang nk beli token. 

4. Mempelajari serba sedikit mengenai negara tersebut
Sebelum pergi, korang kena lah buat survey at least sikit pasal negara tu. Misalnya mcm adat, peraturan dan larangan di negara tersebut. Kalau di singapura, chewing gum perkara yang dilarang. Selain tu, korang jugak kenalah ambil tahu mengenai visa. Adakah perlu untuk apply visa?
Kalau mcm kat jepun pulak, bas pintu masuk dan pintu keluar pintu  yg berlainan, so seblum nak pi jepun boleh lah survey dulu cara cara naik bas. 

MATLUTHFI- #PRAYFOR