Wednesday 18 November 2015

TEMPAT TEMPAT MENARIK DI JEPUN

1. gunung fuji 



Gunung Fuji merupakan gunung yang tertinggi di jepun dengan ketinggiannya  3,776.24 m (12,389 ft). puncaknya berbentuk cone dan dikelilingi dengan 5 tasik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.jadi amat rugilah  kepada para pengunjungi yang holiday kat jepun tapi tak singgah kat gunung fuji ini. 


2. Odaiba
  
odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Namun kini Odaiba telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan, hiburan dan pusat beli-belah. Di Odaiba terdapat pelbagai rekaan banggunan yang menarik dan canggih.

3. Ueno


Kepada pengemar tempat bersejarah.,haa..inilah tempat yang WAJIB dikunjungi Di Ueno terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum.

4. Tokyo Disneyland dan Disneysea


Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.


5. Shibuya 


Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.

6. Shinjuku


Shinjuku adalah merupakan antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat beli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikkan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.

7.Yoyogi Park


Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.

8. Harajuku dan Omotesando


Kepada kaum hawa, harajuka merupakan tempat yang serious kena ada dalam list. Ia merupakan pusat peragaan fasyen remaja yang paling extreme di Jepun. Di sini terdapat banyak butik pakaian yang terkenal yang menjual pelbagai jenis pakaian yang unik dan aneh. Setiap minggu pada hari ahad, golongan remaja di Jepun akan berkumpul di Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian costume seperti cosplay yang mengerupai watak anime, ahli muzik punk dan sebagainya. 

Omotesando pula adalah merupakan jalan pejalan kaki sepanjang 1 kilometer yang merentasi Harajuku hingga Meiji Shrine. Omotesando terkenal dengan reka bentuk seni bina banggunan yang unik dan menakjubkan.



9. Tokyo Skytree


Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun . jadi untuk melihat permandangan tokyo, para pengunjung bolehlah masuk ke tokyo skytree ini. 

10. Akihabara 



Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikkan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop. jadi kepada sesiapa yang gila anime or otaku jangan lepaskan peluang untuk visit akihabara 

11. Roppongi



Roppong merupakan tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Antara tarikkan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.



No comments:

Post a Comment